14 June 2010













Logo dan poster di atas adalah rekaan semata-mata bagi Tugasan KPT 5033 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN. Telah dicipta bersama rakan sekerja, rakan sekelas, rakan serumah, rakan sebilik di Jawi iaitu Nurzafirah Nasoha.. 


Sweet sangat logo ni simple tetapi menarik. Poster pulak terserlah kreativiti yang ditonjolkan dalam poster tersebut. Kami diajar menggunakan ADOBE PHOTOSHOP bagi menghasilkan logo tersebut. Logo ini telah dibentangkan kepada Pensyarah iaitu Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim dari UPSI dan markah bagi Tugasan ini adalah 15%.

Selain daripada tugasan di atas kami juga melakukan tugasan lain yang perlu menggunakan Windows Movie Maker & Audacity. Tajuk yang diberikan ialah My Hero and Me.. Groupku telah memilih Tn. Haji Ghani iaitu Timb. Pengetua di MRSM KKB sebagai hero.. di dalam movie tersebut diselitkan gambar, lagu dan rakaman suaraku sendiri membacakan sajak.. Nak dengar??? TUNGGU!!!!!!!! Tugasan ini dinilai oelah Puan Rohaidaini juga markahnya adalah 15%..Tapiiiii....kami tidak menyatakan di dalam movie terebut perkaitan diantara My Hero dengan Me(kami). Just My Hero saje. Hopefully lecture still bg markah tinggi di atas kesungguhan kami menyiapkan tugasan tersebut. Aaminnnn..

Tugasan yang terkini & sensasi ialah apa yang sedang anda baca sekarang..Blogger Ku.. Inilah tugasan individu yang perlu dilakukan sangat sangat sangat mencabar kerana kali pertama aku belajar membuat Blogger. Thanks kepada Puan Asmara Alias kerana mengajar kami dan Tugasan ini beliau akan nilai pada 15 Jun 2010 pada pukul 5.00 petang..tugasan ini juga 15%...

Dan....tugasan seterusnya akan muncul tidak lama lagi....
roszaimawati 2010

No comments:

Post a Comment